Daun pisang tidak dimakan. Hanya pelapik dan pembungkus. Namun kehadirannya amat perlu. Pelindung dan pemberi aura. Setelah nasi dimakan, tempat daun pisang hanyalah bakul sampah.
Begitulah ibarat hidup ini. Teruskan memberi manfaat kepada sekeliling walau hujung takdir hanyalah khianat, kacang lupakan kulit atau terbuang tanpa kasih sayang.
Nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan,
buang emak buang saudara,
kerana kasih hamba turutkan